Ini adalah satu post bersifat random, atau mungkin berciri perkara idaman, iaitu craving. Tahukah anda tentang kerisauan seorang wanita hamil? Tahukah anda kata adjektif + kata imbuhan ke...an seperti kerisauan, kebimbangan, kesedihan, kekecewaan dan kekeliruan emosi sedang melanda diri saya pada ketika ini? Dan setiap satu perkataan tersebut membawa makna yang berbeza antara satu sama lain?
Misalnya, daripada perkataan kerisauan, saya mendefinisikannya sebagai bakal ibu yang risau sama ada anaknya mendapat nutrisi yang mencukupi setiap hari. Sama ada anaknya sihat atau tidak. Jika mencukupi, bakal ibu tetap berasa kasih sayang untuk diri dan bayinya kurang mencukupi. Dari segi material, mungkin boleh diusahakan, tetapi dari aspek perhatian dan kasih sayang bagaimana? Saya buntu memikirkan ini. Keluarga kita jauh, nak. Nanti bila sudah lahir, mak akan sayang kamu lebih dari yang lain. Sebab kamu yang selalu menemani emak semasa yang lain tiada di sisi. T____T
Contoh lain ialah kesedihan di mana saat mengandung anak pertama adalah perkara yang bermakna dalam hidup seorang perempuan. Namun, tidak ramai yang dapat memahaminya, justeru tidak dapat memainkan peranan dengan sepatutnya. Pengalaman itu indah, dan lebih indah lagi dengan persediaan menyambut kelahirannya ke dunia. Mungkin, bagi sesetengah orang menganggap ia satu perkara biasa. Oh, tidak perlu beli barang-barang yang banyak, atau janganlah membazir itu dan ini. Saya cuba meraikan diri saya sendiri. Mungkin bagi sesetengah orang, apa yang saya lakukan adalah menghabiskan duit sendiri, tetapi bolehkah anda mengerti perasaan saya? Tiada siapa yang berkongsi keterujaan ini di tempat yang jauh. Hanya saya seorang. Jadi berilah saya peluang menggembirakan diri sendiri T_____T
Banyak lagi perkara yang membawa saya kepada kekeliruan, kekecewaan, mahupun kesedihan. Tidak perlu saya huraikan lebih lanjut di sini. Biarlah disimpan di dalam hati, dibawa sampai ke Haiti. Banyak permintaan saya yang tidak dapat dipenuhi, sehingga diri berasa kurang dihargai. Nanti ku bawa diri, sampai ke hujung dunia.

1 comment:
Assalamualaikum sayang... Sayang abang yang sentiasa abang cintai, walaupun ada jauh dimata, tapi sayang sentiasa ada dekat dengan hati abang.. Abang faham perasaan sayang, sayang rasa sunyi dan sedih bila kita duduk berjauhan.. mungkin jugak sayang rasa abang abaikan sayang terutama masa sayang betul-betul perlukan abang tapi abang tiada disisi sayang. Abang minta maaf yer sayang.. abang harap sayang abang kuat, insyaAllah segala ujian yang Allah bagi kita sekarang ada sebabnya.. mungkin Allah nak uji setakat mana kekuatan hambanya, sejauh mana ketaatan hambanya bila diturunkan ujian.. tapi sayang percayalah, disebalik ujian ini pasti ada kemanisan untuk kehidupan kita, jika bukan sekarang, mungkin akan datang.. dan percayalah sayang Allah tak akan uji seseorang itu melainkan Allah tau orang itu dapat memikul ujian tersebut...
SAYANG,,, abang CINTAkan sayang, abang jugak sayangkan baby kita.. walaupun sayang jauh dimata abang, tapi doa abang sentiasa abang kirimkan untuk sayang dan anak2 kita. I LOVE YOU sayang..
SAYANG... abang sedar, abang bukanlah seorang yang romantik seperti mana yang sayang inginkan, abang tak pernah bagi sayang hadiah bunga.. abang mintak maaf sayang... abang harap sayang happy selalu walaupun tanpa sejambak bunga dari abang.. insyaAllah, abang akan cuba bagi benda yang lebih berharga dari sejambak bunga untuk sayang...
semoga sihat dan gembira selalu sayang... I LOVE U!!!...
Post a Comment