the curiosity kills the cat
they say.
Segalanya bermula daripada lafaz "aku terima nikah'' dan saya sah bergelar isteri kepada seorang lelaki eh, suami pada 24 Ogos 2012. Maka, kisah kami pun bermula. Bayangkan perkenalan (dan bibit percintaan nan romantis!) selepas berkahwin yang pernah dibaca dalam novel dan drama tempatan, ok anda dapat bayangkan secara kasarnya bagaimana. Dan ya, mari potong episod semanis karamel, sekilo gula, dan 1 gram emas kerana anda memiliki minda yang kreatif untuk itu.
Gelaran puan (saya juga ingin bergelar ibu, makcik dan nenek pada masa akan datang) pada pangkal nama saya amat istimewa pada ketika ini. Perubahan status cik kepada puan, membawa perbezaan yang ketara pada segenap aspek kehidupan saya. Dan si dia, ehem, bukan lagi teruna pujaan dari kejauhan tetapi putera hati saya.
Lima bulan menyulam kasih dan sayang (walaupun masih berciri jarak jauh, iaitu sejauh 461 km menurut Google) kami suami isteri hidup normal seperti pasangan bahagia yang lain. Masih berbeza pendapat, masih merajuk tidak kira masa (ya, normal) dan masih berkomunikasi seperti pengantin baru. Pendek kata, fasa permulaan kehidupan berumah tangga kelihatan okay.
Dua bulan yang lalu, kami disahkan telah mengandung (ia kedengaran comel sekali). Dia akan menajadi bapa (nama panggilan masih belum diputuskan) dan saya akan menjadi ibu (saya suka panggilan mummy). Walaupun saya kelihatan kurus (2 bulan yang lalu!) kini, saya telah berisi. Bagaimana saya mengetahuinya? Melalui bahagian pinggang yang semakin tidak selesa. Ini antara masalah harian saya. Pakaian-pakaian yang semakin mengecil dan saya memerlukan pakaian bersaiz yang lebih longgar untuk keselesaan. Selain itu, keindahan wajah juga tidak semulus zaman gadis dahulu. Turun naik hormon telah mengundang jerawat kembali muncul saban hari. Saya juga mengalami musim kelaparan yang agak ketara setiap jam. Namun, alhamdulillah, cuma sekali sahaja muntah kerana tidak minum susu di waktu pagi.
Saya tidak tahu bagaiman hendak manamatkan entri ini dengan penutup yang sesuai. Maka saya sudahi dengan wasallam.. hingga ketemu lagi!