Anda tahu perut anda mula ketara apabila..
- Rakan sekuliah anda bertanya, "mengandung ya? sudah berapa bulan?"
- Pekerja wanita yang selalu membuat facial untuk anda bertanya, ''sudah berapa bulan ni?"
- Rakan sekerja memberitahu, "dah nampak perut kalau pakai baju kurung.."
Baru 4 bulan sahaja ya puan-puan, bersamaan 120 hari yang mencabar emosi dan fizikal. Hari ini saya mencuba untuk berpuasa, kerana hujung minggu ini saya tidak mempunyai sebarang komitmen, sama ada pulang ke kampung atau pun bertemu suami. Dan sebenarnya saya perlu mengganti beberapa hari puasa ramadhan yang lepas. Mari kita tunggu dan lihat sejauh mana ketahanan saya menahan lapar dan dahaga, masih ada 7 jam lagi.
Perkembangan terbaru, saya mula mencari-cari pakaian ibu mengandung, termasuklah skirt panjang, blaus longgar dan maxi labuh untuk disesuaikan dengan perubahan saiz badan yang semakin besar. Perut juga aurat, jadi saya perlu mencari pakaian yang longgar tetapi selesa untuk cuaca yang panas dan menghadiri kuliah pada hujung minggu. Setakat ini saya sudah mula membeli sepasang dua blaus dan maxi. Dilema sekarang ialah bolehkah saya mula bertukar daripada memakai pakaian bersukan, iaitu t-shirt lengan panjang dan seluar kepada blaus/maxi? Kerana pakaian sedia ada sudah mulai ketat dan menurut rakan sekerja, perkara ini tidak elok untuk keselesaan bayi. Saya pun kurang selesa sebenarnya T__T Takpa, nanti kita tanya pihak pentadbir minggu depan.
Baby, hari Selasa nanti kita ke klinik lagi untuk check-up :-) Weee...baby seronok tak? Minggu depan kita boleh jumpa walid/abi/daddy/papa kahkahkah.. abang, tolong pilih satu dari 4 pilihan ini sahaja, abah dan ayah tidak termasuk dalam senarai, harap maklum.
Bagaimanakah rasanya mengandung tetapi hidup berjauhan dengan keluarga dan suami? Rasanya seperti menetap di luar negara. Kadangkala terasa rindu untuk balik ke rumah dan mula lah sebak-menyebak. Tetapi apabila sibuk dengan aktiviti harian, hilanglah rasa itu. Namun ia akan datang balik, masa itu menangislah bersungguh-sungguh, takda siapa nak pujuk, haha. Siapa yang tidak pernah merasa, bersyukurlah. Saya harap anda menjaga percakapan anda semasa berbual-bual. Hati orang hidup jarak jauh ini sensitif dan halus. Sesekali terasa, hujan pasti turun juga.