Pregnancy tears, I mean. According to Baby Bump apps, her (me) hormones are fluctuating back and forth, and up and down, and suddenly every slow song on the radio makes her start to cry. Most of the time, just the simple act of crying will make her feel much better.
Saya tidak tahu mengapa. Minggu-minggu yang terkini, saya sering bertemankan air mata. Pantang ada perkara yang menyentuh hati nurani saya, walau sekecil mana sekalipun, berjurai-jurai lah mengalir titisan hangat daripada kelopak mata. Sensitif sungguh. Jangan ditanya bagaimana, it just happens. Mood swing mungkin. Apabila malam tiba, saya menangis. Sebelum tidur juga saya menangis, tanpa sebarang sebab yang kukuh untuk bersedih.
Sebenarnya, banyak perkara yang boleh ditangisi, tatkala mengenangkan nasib diri. Pandangan orang yang melihat adalah tidak sama dengan diri yang melaluinya. Saya mahukan itu dan ini, tetapi sesetengah perkara adalah di luar kawalan saya. Kadang kala sesetengah komen yang diterima mengundang duka di dalam. Saya semakin redha dengan kehidupan sehari-harian. Apabila ada yang berkata bahawa saya perlu kuat, dan saya kelihatan tabah, itu adalah sesuatu yang boleh diragukan. Kerana saya tahu, saya bukanlah super woman. Saya hanya perempuan yang biasa, yang menyembunyikan air matanya di siang hari.
Saya bagaikan bunga, yang perlu siraman air, baja dan cahaya matahari saban hari. Tanpa elemen ini, bunga akan layu. Saya bukanlah kaktus yang cekal di gurun, yang dapat bertahan di musim panas tanpa hujan pada jangka masa yang panjang. Dari kejauhan, saya memerlukan kasih sayang keluarga. Saya kurang pasti apa peranan suami pada ketika ini, sebab suami saya jauh :-(
P/s: tolong jangan mengaitkan kehamilan saya dengan pengalaman orang lain. Saya bercakap tentang diri saya, bukan orang lain. Tolong jangan menakutkan saya dengan kisah morning sickness yang melanda pada bulan ke-5 kehamilan. Ia menganggu fikiran saya dan benar-benar menyedihkan saya. Kamu berkata kepada seorang isteri yang jauh dari suami dan keluarganya. Saya perlu kuat, dan insyaAllah bayi ini juga memahami keadaan ibunya yang perlu banyak berdikari. Tolong doakan agar semuanya dipermudahkan buat saya dan anak yang saya kandung. Semuanya kelihatan begitu sukar pada ketika ini, dan kata-kata seperti ini tidak membantu.

No comments:
Post a Comment