Hai.
Mari memblog laju-laju supaya saya boleh tidur dengan cepat. Kita mulakan dengan gambar-gambar ini. Bagaimana saya mengetahui diri saya telah berbadan dua? Melalui ujian UPT (urine pregnancy test) yang dibuat sendiri di rumah. Tentunya mahu melihat sendiri sebelum disahkan oleh doktor di klinik.
Pada mulanya keputusan UPT tidak menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Mungkin kerana hormon HCG masih sedikit dan memerlukan 1-2 minggu untuk keputusan yang lebih tepat. Namun, hasil pertemuan dengan doktor menunjukkan saya berkemungkinan mengandung, pada peringkat awal. Ini kerana garisan kedua pada UPT masih lagi samar-samar. Doktor memberi asid folik dan vitamin untuk persediaan.
Diuji pada mingu ke-4
Kemudian, saya pulang semula ke Parit Buntar untuk menghadiri mesyuarat. Sebaik saja sampai di rumah sewa, saya terus melakukan UPT lagi. Kali ini, saya mendapat keputusan yang melegakan iaitu dua garisan yang sememangnya jelas dan terang. Alhamdulillah.
Diuji pada minggu ke-5
Menjelang saja tahun baru 2013, saya tidak bertangguh lagi untuk mendaftar dan menerima rawatan di klinik kesihatan yang berhampiran. Sehari selepas tahun baru, iaitu pada 2 Januari, kad merah ini menjadi rekod kesihatan saya untuk 9 bulan yang akan datang.
Dibuat pada minggu ke-6
Pada minggu ke-8, saya telah menerima pemeriksaan bulanan yang pertama secara rasminya. Pemeriksaan berat badan, tekanan darah dan scan telah dibuat dan inilah hasilnya.
Scan pada minggu ke-8
Semoga buah cinta kami ini akan terus bernyawa, sihat dan dapat lahir ke dunia dengan selamatnya. Amin.
2 comments:
Aunty Paah says hello to the baby!
Jangan tendang2 mummy selalu ya..be good, jadi anak yang soleh, er solehah? hehe
thanks aunty.. kena tunggu weeks 18++ baru boleh rasa the kick i love tu. tak lama dah, insyaAllah. dan jantina baby masih belum diketahui.. . will let you know soon. take care
love,
farhana.
Post a Comment