Hari ini pergi ke klinik kesihatan lagi, untuk kali yang ke-4. Seperti biasa, jururawat mengambil berat badan, kemudian ke makmal untuk membuat ujian urine, diambil paras hemoglobin, bertemu jururawat sekali lagi untuk pemeriksaan perut, memeriksa tekanan darah dan sesi soal jawab serta khidmat nasihat kesihatan. Akhir sekali, ke kaunter farmasi untuk mengambil vitamin B kompleks, vitamin C, asid folik, dan ferrous fumarate.
Hasilnya, berat badan telah bertambah sebanyak 0.6 kilogram, kepada 51.9kg, paras hemoglobin menurun sedikit sebanyak 0.9 kepada 12.5, dan tekanan darah turun kepada 110/70. Setakat ini, semuanya baik dan doktor membenarkan saya ke luar negara dalam masa 2 minggu lebih dari sekarang. Sebenarnya, saya dan suami telah menempah tiket ke Bandung pada November tahun lalu. Tidak menyangka akan membawa orang ketiga, walaupun suami ada menyatakan kebarangkalian itu boleh terjadi. Haha.. Jadi, percutian ini dipanggil babymoon lah ya?
P/s: Saya juga tidak sabar menghabiskan cuti sekolah bersama suami tercinta.. di Melaka. I love you Mr. H!
No comments:
Post a Comment